2012-04-04

Usaha

Hidup ini
sementara cuma
hidup yang seketika
dalam lingkungan 60/70 tahun
sesingkat malam dan siang

Namun
itu bukanlah asas gunanya
hidup yang seketika
apa maksud ianya begitu
adakah untuk sekadar hidup
atau untuk kehidupan yang lain
kehidupan yang sebenarnya hidup
hidup yang sesudahnya
tiada lagi kematian.

apakah hidup itu
itulah kehidupan yang sebenarnya
kehidupan selepas kehidupan
alam kubur
alam masyar
itulah kehidupan
alam akhirat namanya

bahagia atau derita
itulah sebenarnya
syurga atau sebaliknya.

Justeru
apa usaha untuk bahagia
pada kehidupan yang sebenarnya hidup
usahakan untuk dua perkara
satu IMAN
dua AMAL
itulah bekalan
yang perlu kita risaukan
yang perlu kita usahakan
yang perlu kita suburkan