Kita
Manusia
Semuanya
Ditipu
kerana
itulah
kerjanya
tipu
dan menipu
siapakah
penipu itu
dialah
Musuh
kita
yang nyata:
Syaiton!
2012-09-29
2012-09-18
Melayu dan Islam
ISLAM
satu cara hidup
imaniyyat
ibadah
muammalat
muasyarat
akhlak
MELAYU
kelompok masyarakat
ramai di nusantara
berkerajaan
berniaga
tapi
kurang rajin
bijak (licik)
pelupa
tapi
seadanya
jadi
Melayu itu Islam
atau
Islam itu Melayu
kesimpulan
Melayu akan maju
andai Islam jadi amalan
iman
ibadat
muamalat
muasyarat
akhlak
bukti
kerajaan Melaka dulunya
pusat penyebaran Islam
juga pusat perdagangan antarabangsa
cukup.
satu cara hidup
imaniyyat
ibadah
muammalat
muasyarat
akhlak
MELAYU
kelompok masyarakat
ramai di nusantara
berkerajaan
berniaga
tapi
kurang rajin
bijak (licik)
pelupa
tapi
seadanya
jadi
Melayu itu Islam
atau
Islam itu Melayu
kesimpulan
Melayu akan maju
andai Islam jadi amalan
iman
ibadat
muamalat
muasyarat
akhlak
bukti
kerajaan Melaka dulunya
pusat penyebaran Islam
juga pusat perdagangan antarabangsa
cukup.
2012-09-10
dan Dia lebih mengetahui
benar
Dia lebih mengetahui
hakikat rezeki
hakikat ajal maut
hakikat jodoh
manis atau pahit
Dia lebih mengetahui
walau sukar dimengertikan
walau sonsang dengan akal
walau sakit zahir dan batin
Dia lebih mengetahui
justeru,
redha dan syukur
walau pahit
walau sakit
kerana
Dia lebih mengetahui
untukmu.
Dia lebih mengetahui
hakikat rezeki
hakikat ajal maut
hakikat jodoh
manis atau pahit
Dia lebih mengetahui
walau sukar dimengertikan
walau sonsang dengan akal
walau sakit zahir dan batin
Dia lebih mengetahui
justeru,
redha dan syukur
walau pahit
walau sakit
kerana
Dia lebih mengetahui
untukmu.
2012-07-23
Ramadhan Datang Lagi
Alhamdulillah
Hadirnya sentiasa dinanti
bulan barakah dan penuh rahmat
untuk kita dan seluruh umat
agar bahagia dunia akhirat.
Hadirnya sentiasa dinanti
bulan barakah dan penuh rahmat
untuk kita dan seluruh umat
agar bahagia dunia akhirat.
2012-06-14
Berkorban dan Mujahadah
Waktunya tiba
tinggalkan semuanya
dan keluarlah
ke mana saja
engkau di hantar
tinggalkan semuanya
dan keluarlah
ke mana saja
engkau di hantar
2012-04-04
Usaha
Hidup ini
sementara cuma
hidup yang seketika
dalam lingkungan 60/70 tahun
sesingkat malam dan siang
Namun
itu bukanlah asas gunanya
hidup yang seketika
apa maksud ianya begitu
adakah untuk sekadar hidup
atau untuk kehidupan yang lain
kehidupan yang sebenarnya hidup
hidup yang sesudahnya
tiada lagi kematian.
apakah hidup itu
itulah kehidupan yang sebenarnya
kehidupan selepas kehidupan
alam kubur
alam masyar
itulah kehidupan
alam akhirat namanya
bahagia atau derita
itulah sebenarnya
syurga atau sebaliknya.
Justeru
apa usaha untuk bahagia
pada kehidupan yang sebenarnya hidup
usahakan untuk dua perkara
satu IMAN
dua AMAL
itulah bekalan
yang perlu kita risaukan
yang perlu kita usahakan
yang perlu kita suburkan
sementara cuma
hidup yang seketika
dalam lingkungan 60/70 tahun
sesingkat malam dan siang
Namun
itu bukanlah asas gunanya
hidup yang seketika
apa maksud ianya begitu
adakah untuk sekadar hidup
atau untuk kehidupan yang lain
kehidupan yang sebenarnya hidup
hidup yang sesudahnya
tiada lagi kematian.
apakah hidup itu
itulah kehidupan yang sebenarnya
kehidupan selepas kehidupan
alam kubur
alam masyar
itulah kehidupan
alam akhirat namanya
bahagia atau derita
itulah sebenarnya
syurga atau sebaliknya.
Justeru
apa usaha untuk bahagia
pada kehidupan yang sebenarnya hidup
usahakan untuk dua perkara
satu IMAN
dua AMAL
itulah bekalan
yang perlu kita risaukan
yang perlu kita usahakan
yang perlu kita suburkan
2012-01-30
Sentuhan 5
Dunia Persaingan
Juara
dialah pemenang
kerana kesungguhan
dan susah payah
pengorbanan telah dicurahkan
tak kenal jemu
tak kenal waktu
semuanya kerana sedikit ganjaran
Pantas
cekap
malas
lembap
Naib juara 1
Naib juara 2
juga telah berkorban
juga telah bersungguh
sedia hadapi
apa jua rintangan
namun
kerana hukum
adat bertanding
juara itu
tak lebih dari satu.
Juara
dialah pemenang
kerana kesungguhan
dan susah payah
pengorbanan telah dicurahkan
tak kenal jemu
tak kenal waktu
semuanya kerana sedikit ganjaran
Pantas
cekap
malas
lembap
Naib juara 1
Naib juara 2
juga telah berkorban
juga telah bersungguh
sedia hadapi
apa jua rintangan
namun
kerana hukum
adat bertanding
juara itu
tak lebih dari satu.
2012-01-28
Sentuhan 4
Keluar Masuk
dua keadaan
kalau tak keluar
maknanya masuk
kalau masuk
maknanya tak keluar
apa yang keluar
dan
apa yang masuk ?
ku tahu
kau pun tahu
dia pun tahu
mereka pun
siapa pun tahu.
terserah dirimu
menilai masuk
dan keluar.
dua keadaan
kalau tak keluar
maknanya masuk
kalau masuk
maknanya tak keluar
apa yang keluar
dan
apa yang masuk ?
ku tahu
kau pun tahu
dia pun tahu
mereka pun
siapa pun tahu.
terserah dirimu
menilai masuk
dan keluar.
2012-01-23
Sentuhan 3
KeLiRu
Seringkali manusia itu
lagaknya seperti hero
gagah dan berani
ke hulu dan ke hilir
dengan segak dan tampannya
seringkali juga
lagaknya seperti tiada
lemah dan takut
diam dan kaku
dengan sugul dan jeleknya
namun
siapa pun dia
apa pun impian
di mana pun duduknya
manusia itu sering keliru
keliru tentang dirinya
keliru tentang sekitarnya
keliru masa lalunya
keliru masa depannya
keliru di kala siang
keliru di kala malam
juga di kala terbitnya mentari
sudahnya apa?
terus-terusan keliru
atau keliru hanya sebentar
yang tidak keliru itu apa sifatnya
tanyakan pada hero
tanyakan pada bukan hero
tanyakan pada si kaya
juga pada si miskin
juga pada pemerintah
juga yang diperintah
lalu
apa sudahnya?
keliru itu rahmat
keliru itu berkat
keliru itu penyekat
keliru itu alat
keliru juga sebab muafakat.
atau diriku yang semakin keliru
atau serabut bertambah kalut.
Seringkali manusia itu
lagaknya seperti hero
gagah dan berani
ke hulu dan ke hilir
dengan segak dan tampannya
seringkali juga
lagaknya seperti tiada
lemah dan takut
diam dan kaku
dengan sugul dan jeleknya
namun
siapa pun dia
apa pun impian
di mana pun duduknya
manusia itu sering keliru
keliru tentang dirinya
keliru tentang sekitarnya
keliru masa lalunya
keliru masa depannya
keliru di kala siang
keliru di kala malam
juga di kala terbitnya mentari
sudahnya apa?
terus-terusan keliru
atau keliru hanya sebentar
yang tidak keliru itu apa sifatnya
tanyakan pada hero
tanyakan pada bukan hero
tanyakan pada si kaya
juga pada si miskin
juga pada pemerintah
juga yang diperintah
lalu
apa sudahnya?
keliru itu rahmat
keliru itu berkat
keliru itu penyekat
keliru itu alat
keliru juga sebab muafakat.
atau diriku yang semakin keliru
atau serabut bertambah kalut.
2012-01-21
Coretan 2
FoKuS
Selalu
aksi dan illusi
beraneka
menerjah dalam diri
namun
kudrat
hanyalah biasa
tak kan dapat memeluk gunung
atau renangi luasnya lautan
atau jauhnya perjalanan
justeru
1 kerja 1 waktu
sedikit tapi sempurna
berhasil dalam genggaman
dari gah
pada ideanya
tidak pada akhirnya
biar sedikit
dari banyak
khayalan semata
kerna
yakin olehmu
yang banyak itu
asalnya sedikit.
Selalu
aksi dan illusi
beraneka
menerjah dalam diri
namun
kudrat
hanyalah biasa
tak kan dapat memeluk gunung
atau renangi luasnya lautan
atau jauhnya perjalanan
justeru
1 kerja 1 waktu
sedikit tapi sempurna
berhasil dalam genggaman
dari gah
pada ideanya
tidak pada akhirnya
biar sedikit
dari banyak
khayalan semata
kerna
yakin olehmu
yang banyak itu
asalnya sedikit.
2012-01-18
Coretan 1
sekali rasa
terasa di qalbu
apakah coretan
apakah qalbu
sekadar coret
sekadar rasa
untuk siapa
bukan siapa-siapa
hanya sekadar
untuk semua
terasa di qalbu
apakah coretan
apakah qalbu
sekadar coret
sekadar rasa
untuk siapa
bukan siapa-siapa
hanya sekadar
untuk semua
Subscribe to:
Comments (Atom)