Dunia Persaingan
Juara
dialah pemenang
kerana kesungguhan
dan susah payah
pengorbanan telah dicurahkan
tak kenal jemu
tak kenal waktu
semuanya kerana sedikit ganjaran
Pantas
cekap
malas
lembap
Naib juara 1
Naib juara 2
juga telah berkorban
juga telah bersungguh
sedia hadapi
apa jua rintangan
namun
kerana hukum
adat bertanding
juara itu
tak lebih dari satu.
No comments:
Post a Comment