2013-10-30
2013-08-13
uCaPaNRaYa II
Salam aidilfitri...
Maaf Zahir Batin...
Jemput datang rumah
[12813,10:33:56]
2]
Jazakumullah diatas ingatan tuan.
Begitu juga dengan ... sekeluarga
mengucapkan selamat hari raya
maaf zahir batin
[11813, 16:50:59]
3]
YBhg Saudaraku,
tkasih atas ingatan.
Saya dan isteri serta keluarga
juga mengutuskan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
Moga2 diredhai, dirahmati dan diberkati
Allah SWT
hendaknya.
Maaf Zahir dan Batin.
Tq
[11813, 14:20:27]
4]
Sama2..
salam raya..
Kosong2
[11813, 14:16:52]
5]
sama2 tuan.
maaf lahir bathin.
[11813, 14:08:33]
6]
T.kasih atas ingatan.
Selamat menyambut eidulfitri.
[11813, 14:08:00]
2013-08-11
uCaPaNRaYa
Pasang pelita rapat-rapat,
biar sampai ke hujung titi,
Moga Silaturahim kita bertambah erat,
Terimalah Salam Aidilfitri terawal,
untukmu ikhlas dari hati.
MAAF ZAHIR & BATIN drpd ....
2)
Tabarakallah minni wa minkum.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1434 Hijrah.
Semoga dimurah rezeki, panjang umur,
sihat walafiat dan
selamat dunia dan akhirat.
Maaf zahir dan Batin dari kami sekeluarga:....
3]
Sebening air wudhu,
Sesuci Al-Quran,
Semerdu alunan Zikir,
Seindah Solat 5 waktu,
Setenang hati yang tidak rasa benci dan dendam..
Jika tanganku tidak sempat berjabat,
jika muka tidak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf sempena Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin...
4]
Dalam Berjanji mungkin ada yang belum dikota,
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa,
-Jika ada-
kemaafan jualah yang dipinta..
Salam Aidilfitri...:-)
.....
5]
Selamat Hari Raya
maaf zahir batin dari saya sekeluarga...
halalkan makan minum &
mohon ampun setiap kesalahan..
...
2013-07-18
2013-06-13
SuBuH
damai
sejuk
dan
Pejam
embun makin banyak
ayam mula berkokok
dan azan telah dilaungkan
namun
selimut dan hawa dingin
juga lakumu di siang hari
itulah penentu
bangkitmu atau lenamu
bangun
pahala sepanjang malam
rebut dengan penuh ghairah.
amin.
2013-06-03
IMAN
Maria jadi gelisah, dahinya basah, dia terjaga dari tidurnya. Buat kesekian kalinya, mimpi itu mengganggu malamnya. dan setiap kali itu terjadi, matanya bertambah galak menghilangkan rasa ngangtuknya..
Maria bangkit dan terus ke bilik air. Wajahnya yang kusut jelas terpampang di cermin. Maria cuba menenangkan dirinya...dipercik air ke wajahnya. Sentuhan air dan kulit wajahnya memberikan satu perasaan yang aneh...hatinya kembali tenang. Dia mencari sesuatu sambil jari jemarinya dibasuh di dalam sinki. Terdetik di hatinya untuk mandi namun ini bukanlah masanya...dia harus kembali tidur.
------
Maria!...!
suara itu mengejutkan Maria. Dicuba untuk mengenali suara itu..tetapi dia hampa. Suara itu tidak dapat dikenali. Rasa kesal dan ingin datang silih berganti. Kesal atas lemahnya dia untuk mengenali suara itu dan ingin untuk mengetahui siapakah pemilik suara itu. Keadaan begitu sangat mengganggu.
lalu.. Maria nekad.
2013-06-02
Tawar?
untuk tidak begitu
namun ianya hambar
apakah ini?
setelah separuh
dan tawar akan rasanya
oh tidak
jangan diturut
rasa itu
dimanakah penawar?
masin, manis, pahit dan masam
agar tawar tiada lagi.
2013-05-21
SUDARA
benar
aku rasa ganjil
meresap dalam rasaku
mengganggu rutinku
wataknya
jalan ceritanya
mengundang iri
dalam hatiku
betapa mereka
serasi dan bahagia
aku juga sama
tengah tekun
dan keliru
seperti mereka
di kala itu
namun
betulkah itu
atau daya
imaginasi si penulis?
2013-05-06
'Bermalas-Malasan'
mengapa malas
ianya berlaku
berhari-hari
tanpa sesuatu yang relevan
oh tidak
hentikan gejala ini
sekarang bukanlah masanya
untuk terus bermalasan
masa kini semakin kurang.
bangun dan buatlah sesuatu!
2013-04-14
Jaga Mesin
Meski ia hanya mesin
tiada jiwa tiada rasa
namun
ada isinya perlu ditukar
perlu dijaga
untuk fungsi lancar selalu.
Jadi
kita yang bukan mesin
punya jiwa
punya rasa
bilakah masa untuk menukar?
-regular services
48k km
2013-04-12
Utara-Selatan
atas ke bawah
atau
bawah ke atas
duanya sama
penat dan ngantuk
jentera pelbagai
kecil dan besar
laju dan perlahan
baru dan lama
mahal dan murah
semua sama bayaran
dan aku
bagi kali yang banyak
dengan rentak yang sama
terus mara
siang dan malam.
-kajang ke utara
2013-04-11
Berulang Kali
kita menjadi lemah
silap berkali-kali
dorongan demi dorongan
untuk sedap sebentar cuma
tidak lebih dari itu
sudahnya
ia berulang lagi
oh jiwa
tabahlah dikau
di sini
engkau akan terus diusik
untuk keluar dari batasmu
yakinlah engkau
di sana kelak
engkau akan dapat
andai kau sabar
2013-04-10
2013-04-08
makan-makan
selalu makan
tapi ini
makan lain,
makan dengan kawan-kawan
lama tidak bersua
cerita masih sama
kisah hidup
perjuangan demi perjuangan
untuk hidup
dan masa depan
2013-04-05
2013-04-03
kalut
2013-03-31
Bermulanya Satu Perjalanan
sedetik demi sedetik
laju dan tetap
dalam kekalutan yang kian terasa
tanpa sedar
kita hanyut
dalam putaran siang dan malam
seperti mesin
yang kaku
tiada rasa
tiada jiwa
oh tidak
ini bukanlah hidup
itu hanyalah rutin
dan ingatlah
pusingan itu semakin pantas
terus menuju ke titik hujungnya?
2013-03-17
Hidup
untuk membuat suatu bekalan
di kehidupan yang satu lagi
Hidup akan diuji
dengan cabaran
dengan kesakitan
dengan kesenangan
dengan kesihatan
ini semua adalah ujian
pastinya
berbahgialah insan yang betul jalannya.
2013-03-14
3 uNSuR
apakah unsur?
katakan saja ianya makhluk
yang sangat memberi kesan
kepada makhluk bernama
manu sia....
Unsur 1
Akal namanya
letaknya di otak
sebagai penimbang
sebagai perasa
baik kah
buruk kah
Unsur 2
Nafsu namanya
letaknya di badan
sebagai pendesak
sebagai penggerak
enak kah
sedap kah
itulah selalu
akan mahunya
Unsur 3
Iman namanya
letaknya di tiga tempat
hati
Lidah
Anggota badan
sebagai pembatas
sebagai penolak
betul kah
salah kah
ikut hukum
halal
haram
sunat
makruh
haram
fikirkan
bila ketiganya harus berfungsi
Akal, nafsu dan iman
sepakat kah mereka
atau
mereka saling bertingkah
akal kata ya
nafsu kata ya
iman kata tidak
akal kata tidak
nafsu kata ya
iman kata tidak
fikirkan
apa sudahnya?
2013-02-15
Momentum
semacam tenaga
menggerak
memacu
satu arah
ke satu arah
momentum
merubah sesuatu
semangat
keinginan
perbuatan
gaya laku
tindakan
dan...
masalahnya
bila?
2013-02-11
SUNYI
tiada televisyen
sunyi
seorang diri
ke sana sendiri
ke sini sendiri
sunyi
hanya itu ku terasa
oh sunyi
hadirmu tanpa pintaku
kurela demi tugasku
jauh dan asing
di bumi
serba lengkap
namun
kupujuk dan kurayu
oh hati jangan bersedih
sunyimu
sebentar cuma
nantinya hilanglah ia.
2013-01-30
Perlukah?
isyarat diberi
bunyi dan batuk
lalu ingin pun datang
perlukah?
jangan dijolok sarang tebuan
meskipun madu
enak rasanya.
2013-01-29
Terumbang-ambing
meskipun riuh
terasa kosong
terasa hiba
seperti hilang kemudi
ke sana-sini
lemah dan lesu
dalam jasad yang keletihan
kufikir dan kurenung
silapnya di mana
inikah hidup yang seketika
jawapan kutemui
ibarat 'bayang-bayang'
dikejar makin jauh
ditinggal makin hampir
aneh
dan teringat lagi
"dunia senang faham susah dapat'
'akhirat susah faham senang dapat'
dan janjiNya pasti.
lalu
kutemui jalan keluarnya
tinggalkan seketika
dan buatlah pengorbanan
roh juga perlu pengisian
seperti perut perlu makanan.
2013-01-13
Menulis dan Berfikir
masihkah ada
kerna kini banyaknya hanya menaip
meski ada galaksi 1 dan 2
menulis itu perlunya pena dan tempat (kertas)
dari otak turun ke tangan
lalu tercoret di atas kertas
satu kertas
dua kertas
ribu-ribu kertas
menaip itu perlunya mesin
papan kekunci dan skrin
dari otak turun ke jari jemari
tekan anak kekunci
lalu muncul di dalam skrin
lembaran 1
lembaran 2
ribu-ribu fail.
lalu apa?
di mana letaknya
'berfikir' itu.
menulis dan menaip
keduanya perlu 'berfikir'
tanpa 'berfikir'
apakah yang akan ditulis?
atau
apakah yang akan ditaip?
lalu apa lagi?
dari mana datangnya 'berfikir'.
barangkali atau
mungkin
fikiran itu datang dari otak
bukan,
otak itu organ untuk 'berfikir'
Jadi?
barangkali ianya satu kemahiran.
bezakan
tulisan dengan berfikir
dengan
tulisan tanpa berfikir
namun,
juga terjadi...
berfikir itu disalahgunakan
sengaja difikir
agar kebenaran menjadi palsu
dan kepalsuan menjadi benar
Jelasnya
berfikir itu satu nikmat
tidak diberikan kepada haiwan
juga pada tumbuh-tumbuhan
atau galian dan batu-batuan.
Syukur!