1)
Pasang pelita rapat-rapat,
biar sampai ke hujung titi,
Moga Silaturahim kita bertambah erat,
Terimalah Salam Aidilfitri terawal,
untukmu ikhlas dari hati.
MAAF ZAHIR & BATIN drpd ....
2)
Tabarakallah minni wa minkum.
Selamat menyambut Aidil Fitri 1434 Hijrah.
Semoga dimurah rezeki, panjang umur,
sihat walafiat dan
selamat dunia dan akhirat.
Maaf zahir dan Batin dari kami sekeluarga:....
3]
Sebening air wudhu,
Sesuci Al-Quran,
Semerdu alunan Zikir,
Seindah Solat 5 waktu,
Setenang hati yang tidak rasa benci dan dendam..
Jika tanganku tidak sempat berjabat,
jika muka tidak sempat bertatap,
bukalah pintu maaf sempena Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin...
4]
Dalam Berjanji mungkin ada yang belum dikota,
Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa,
-Jika ada-
kemaafan jualah yang dipinta..
Salam Aidilfitri...:-)
.....
5]
Selamat Hari Raya
maaf zahir batin dari saya sekeluarga...
halalkan makan minum &
mohon ampun setiap kesalahan..
...
No comments:
Post a Comment