IMAN
Bahagian I
"ucapkan kalimah itu, pasti kau berjaya"!.
Maria jadi gelisah,
dahinya basah, dia terjaga dari tidurnya. Buat kesekian kalinya, mimpi
itu mengganggu malamnya. dan setiap kali itu terjadi, matanya bertambah
galak menghilangkan rasa ngangtuknya..
Maria bangkit dan terus ke bilik air. Wajahnya yang kusut jelas
terpampang di cermin. Maria cuba menenangkan dirinya...dipercik air ke
wajahnya. Sentuhan air dan kulit wajahnya memberikan satu perasaan yang
aneh...hatinya kembali tenang. Dia mencari sesuatu sambil jari jemarinya
dibasuh di dalam sinki. Terdetik di hatinya untuk mandi namun ini
bukanlah masanya...dia harus kembali tidur.
[27jun15]
dan bila dia cuba untuk kesekian kali memejam matanya, fikirannya masih terganggu..terus bertanya:
"apakah ini?
"kenapa aku disuruh mengucap?,
"apakah kalimah itu?
oh...sungguh menyiksakan, hinggalah kedengaran suara laungan azan..tandanya hari dah subuh dan sebentar lagi siang akan menjelma.Maria duduk dan mendengar kalimah-kalimah azan..hatinya terasa sayu, suatu ketenangan hadir, otaknya tidak lagi berkecamuk. Sehabis azan, matanya terasa sangat berat dan tanpa disedarinya dia kini sedang terlena dengan nyenyak.
Bahagian II
"wei ! ko kenapa? macam orang tak tido semalaman?
"ya, ngantuk bah! semalam suara tu datang lagi, suruh aku mengucap, kacau betul!
"maksudnya ini kali yang ketiga sudah? uii, hairan bah! tapi masih belum di kasi tau mau ucap apa?
"itulah masalahnya, bingung ni, kalau ko, apa ko buat?"
"kalau aku? aku ndak pernah mimpi bah! barangkali aku lupakan jak!"
"itu yang aku mau buat, tapi suara itu datang lagi..lepas tu datang lagi, lepas tu datang lagi, tiga kali sudah!"
kali pertama suara itu datang masa Maria tengah 'concentrate' ulangkaji sebab mau exam, terus terasa apa yang dibaca semalam macam hilang. Maria bingung.
Kali kedua suara itu datang masa dia sedang tidur dirumahnya di kampung, masa dia sedang bersenang lenang menikmati kebebasan dari dunia kampus yang sentiasa riuh; riuh dengan kawan-kawan, riuh dengan bangunan, riuh dengan macam-macam lagi keriuhan.
tapi di kampung; penuh dengan ketenangan, semuanya hanya pada 'basic'.
bangun pagi
sarapan
pagi tengok tv atau tolong orang tua di kebun
tengahari boleh tidur
petang pegi main di padang
malam; tengok tivi lepas tu tidur
[bersambung....].
"18.11.2017"
Maria berlari sambil tersenyum. Di tangan kanannya kelihatan sesuatu yang berwarna hitam; seakan-akan sebuah buku. Genggaman tangannya erat seketat skru pada dinding.
Dia ingin segera untuk sampai ke biliknya. Perasaannya kini bercampur baur, namun dia seakan-akan pasti bahawa itulah keputusannya. Setelah lama dirinya kebingungan hingga menyeksa rutin hidupnya.
No comments:
Post a Comment