Telah berlaku
akan hal itu
pelik dan ganjil
apa yang hilang dalam terang?
bolehkah terang menyembunyikan apa-apa
atau kah ini mainan ilusi?
benar
terkadang sakit datang di kala senang
gembira datang di kala susah
mengapa?
kerana kesenangan itu telah membunuh
aku yang dulunya adalah begitu
menjadi mati
hilang rasa
hilang tawa
kaku dan sepi
ditelan arus masa.
oh
antara 'comfort zone'
dan 'difficult zone'
di manakah titik tengahnya
agar dapat aku rasakan
hitam dan putihnya
satu kehidupan.
No comments:
Post a Comment